Monday, November 1, 2010

Risau..

Exam dah dekat sangat, tapi deme tak risau langsung.. Tiap kali buat ulangkaji, deme tak serius. Bahagian B dan Bahagian C aku dah cuba tekankan banyak kali sebab situ skor setiap soalan banyak, 10. Kalau tak dapat skor kat situ, alamatnya dapat B aje. Teringin jugak tengok deme dapat A. Bukan susah, kalau ingat asas seni,pasti boleh. Itu kata kita.
Kata deme, "susah cikgu,tak ingat.." Kenapa dalam usia yang masih muda daya ingatan pula kurang? Kata orang tua-tua, jangan makan kepala ikan..tapi deme ni makan kepala ikan jaws ke?
Bila diberi peluang berbincang jawapan, deme bersembang.. Entah apa topik yang dibincangkan hari-hari. Kalau berbincang tentang masa depan atau keinsafan masing-masing, ada juga maafnya..
Bila diberi slip keputusan Peperiksaan Percubaan, masing-masing sibuk membandingkan kehebatan sendiri sedangkan mereka tak sehebat mana pun.. Ada juga yang masih belum tahu, kalau tak lulus Bahasa Melayu,maka tak lulus le SPMnya..! Lemah betul.. sedangkan SPM dah makin dekat. Tak sampai sebulan pun..
Risau..matapelajaran yang aku ajar pun belum tentu dapat 'A'.. Tak perlu susah payah, jawab soalan berdasarkan pengalaman...
Risau.. tapi bukan deme. Masih macam dulu, tak kisah apa pun. Kalau boleh dihembus, nak juga aku hembus sorang-sorang..alahai anak orang..

Tuesday, October 5, 2010

EXAM DAH DEKAT (utk 5SRT)

Exam dah dekat…
Kenapa masih ligat?
Jangan buat-buat,
Nota tak ingat..

Exam dah dekat…
Kenapa malas study?
Patutnya lepas mandi,
Baca buku pagi-pagi..

Exam dah dekat…
kenapa main-main?
Ambil buku lain,
Tulis nota penting..

Exam dah dekat…
Kenapa sembang kosong?
Cerita pasal motor,
Kawan lain terlopong…

Exam dah dekat…
Kenapa belum sedia?
Patutnya sudah ada,
Semua maklumat dalam kepala…

Exam dah dekat..
Kenapa tak risau?
Bila nanti jadi sasau,
Kawan-kawan pun tak hirau..

Exam dah dekat…
Kenapa masih malas?
Bila exam tak pass,
Kerja nanti pun mula culas…

Exam dah dekat…
Kenapa buang masa?
Bila hari peksa,
Buat tahi mata..

Exam dah dekat…
Kenapa malas sangat?
Cepat-cepatlah bertaubat,
Sebelum badan dimakan ulat…

Exam dah dekat…
Kenapa belum sedar?
Nanti bila terlambat,
Barulah nak jadikan iktibar..


12 :03 tengahari













Z

Wednesday, May 5, 2010

Apa aku dapat..?



Bilangan hari datang ke sekolah, entah berapa hari..bila datang ke sekolah pulak, ini aktivitinya..kertas soalan dah ada..gam depan mata..tapi masih tak nak buat..Kalau diperhatikan, kedatangannya ke sekolah semata-mata untuk tido aje..rupa-rupanya ini kerja dia dari pagi..gambar ini diambil pada 4 Mei 2010. Masa ni jugak dah banyak kali bangunkan dia suruh jawab soalan latih tubi..tapi dia bangun, gosok-gosok mata lepas tu tido balik. Geram betul..!
Bila jam 11 pagi, waktu rehat..kami pakat ramai-ramai tinggalkan dia dalam bengkel sorang-sorang..padan muka..! Inilah akibatnya datang sekolah tanpa rela..

Monday, May 3, 2010

Tinggal Kenangan..

Teringat-ingat lagi masa dia memujuk aku pergi Cameron Highland untuk Kem Kepimpinan Pengawas..Katanya terdesak sebab 2 orang lagi pelajar tak muat nak naik bas..Dia minta aku bawakan..Keretanya penuh sebab dia akan bawa anak-anak dan juga isteri. Itu yang bagus tentang dia. Mana pun pergi anak-anak dan isteri tak pernah tinggal..Memang tak ada dalam perancangan aku pun nak ke sana,walaupun dengar-dengar ramai yang nak ke sana menghabiskan cuti hujung minggu. Tambah pulak hari isnin cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak..Katanya tak lalu makan kalau masalah itu belum selesai. Kesian pulak tengok dia..Akhirnya aku 'kalah'..Tapi satu masalah lagi..mana boleh aku bawak pelajar tu waktu pagi..? (bertolak dari sekolah sebelah pagi) Drebar aku sekolah..takkan nak cuti..Datang satu idea..Katanya, biar dia bawak 2 pelajar tu dulu. Aku bawak isterinya dan jugak 2 orang lagi anaknya..Okay..cantik idea tu..Masalah pun selesai..
Sempat lagi dia berpesan, "Jangan lambat-lambat bawak Mas saya..karang saya rindu.." Itulah arwah Mohd. Norazam Bin Azuddin...Banyak sangat budinya yang tak terbalas..
Semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh..Al-Fatihah........